Rabu, 29 April 2009

selamat bercuti...




Salam...maafkan kami kerana sudah lama tidak post apa2 ke blog ini..mungkin masih terlalu awal untuk mengatakan tentang benda lain, ana cuma mahu menyentuh tentang cuti semester yang akan tiba tidak lama lagi.

Ana pasti semua mempunyai agenda tersendiri. Tambahan pula cuti semester ini panjang,lebih kurang 2 bulan. Selama ana berada di kampus, inilah cuti yang paling panjang akan ana temui. selama ini cuti tidak pernah panjang, sekurang-kurangnya pun hanya sebulan..Mungkin ada yang ingin bekerja sebagai menampung perbelanjaan semester hadapan, ada yang sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan, ada yang akan balik kampung berprogram dan yang pasti akan ada juga yang tidak balik menjengah kampung halaman cuti ini..

Apapun yang akan kita laksanakan, manfaatkan cuti ini dengan sebaiknya. kita tetap hambaNya walau berada di bumi mana sekalipun. Jangan sekali-kali 'lost contact' terus dengan sahabat lain..Sekurangnya-kurangnya 'mesej tazkirah' itu sebenarnya sudah memadai dan mengatakan bahawa kita saling mengingati...Ana juga mengingatkan pada diri ana sendiri, tuntutlah ilmu di waktu cuti nanti. Sama ada mau menghadam buku-buku agama, ilmiah atau pun isu semasa.. Jangan biarkan diri terus 'kekeringan' ilmu ketika berada di rumah. Dan yang paling penting, selamat kembali semula ke hutan ini pada semester hadapan untuk cabaran baru..

# salam sayang buat semua sahabat
-slay87-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan