Selasa, 20 Oktober 2009

salam pejuang...

assalamualaikum w.b.t...
terlalu lama rasanya tidak mempost anything ke dlm blog ni..sayang sebenarnya..tidak ada kekuatan lg untuk menulis sebelum ini..hnya mmpu untuk melihat dr jauh..

"jika tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya"., "genggam bara api hingga jadi arang" ..mungkin ini adalah ungkapan yang familiar untuk kita sebutkan namun kurang penghayatan ke atasnya..

semester ini sudah hampir ke penghujungnya..sudah hampir untuk menemui sang final exam.huhuh...apa persediaan yang dilakukan? adakah selama lebih kurang 13 minggu kuliah ini memungkin kita untuk dpt mnjwb dengan baik ketika final nnti?? susah mau jawab kan soalan ni..semuanya terpulang kepada persediaan kita..tidak semestinya peluru yang ada sudah cukup untuk kita pergi berjuang..segala kelengkapan lain harus diteliti sama. adakah kita cukup sihat untuk turun berjuang? adakah pistol/senapang/meriam yang kita gunakan berada dlm keadaan yang baik dan boleh berfungsi?..adakah kita meletakkan kebergantungan tinggi kepadaNya?..

teruskan berusaha ya shbt2 ku..semoga keputusan exam kali ni lebh baik dr sem lalu.masih sempat untuk belajar sehabis mungkin sebelum masuk ke dwn exam.gunakan masa yg ada ni untuk mengulangkaji dan mengingati semula peljaran...

selamat bermujahdah!

Ahad, 26 Julai 2009

Dalam Sujud Terakhirku

Dalam sujud terakhirku Ya Allah....
kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku

Dalam sujud terakhirku Ya Rabbi...
ku menangis sejadi-jadinya
biar kering mata ini
namun basah ladang hati yang gersang

Dalam sujud terakhirku Ya Rahman...
kulihat semua dosa yang membayangiku
kelam mencengkram jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku Ya Rahim...
biarkan aku patah dalam cahayaMu
biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
agar ku kembali dalam pelukan hidayahMu

Dalam sujud terakhirku
biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
hanya untuk menyebut namaMu dan kekasihMu tercinta

nursha

Selasa, 7 Julai 2009

Ubat HATI


sempena semster baru..marilah kita berazam ke arah kebaikan..

pertma skali kita perlu betul niat kita, sucikan hati..

moga segala impian dan hasrat tercapai..


sabda Rasulullah saw;

" sesungguhnya dlm diri manusia itu ada seketul daging. jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannyatetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka rosak dan kotorlah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati."

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Tip ubati hati



  • sentiasa berbaik sangka

  • buang segala sikap hasad dengki

  • senyumlah!!

  • gemar manghadiri majlis ilmu

  • hiasi diri dengan sikap ikhlas


berhati-hatilah semoga hati kita tidak rosak... :)



Isnin, 1 Jun 2009

Apa sudah jadi duniaku?


Assalamualaikum w.bt...

Maafkan kerana membiarkan blog ini sunyi tnpa pos terbaru..Masing2 sibuk dengan kegiatan waktu cuti ini sehingga membiarkan blog ini sunyi..Itu tidak mengapa, namun, jangan sekali-kali lupa kita ada blog yang perlu di update!


Kebelakangan ini, kita sering digemparkan dengan berita yang bagi saya sangat menakutkan. Terutama bagi golongan yang bernama wanita. Seakan-akan dunia ini sudah tidak selamat untuk kami duduki. Adakah memang ini takdirnya atau kerana kita yang membentuk persekitaran tidak selamat ini? Apa yang perlu kita lakukan? Adakah perlu kita hanya duduk diam di dalam rumah, walhal sekarang ini rumah juga menjadi seakan-akan tidak selamat lagi untuk diduduki.


Mungkin ada yang masih belum mendapat gambaran mengenai apa yang ingin saya perkatakan. Namun, apa yang penting kesedaran kita terhadap sesuatu isu yang terjadi di persekitaran kita.


Kes 1: Pada penghujung bulan mei yang lalu, dalam berita kosmo-seorang pelajar sekolah aliran agama mengaku bahawa meninggalkan mayat bayinya di hadapan sebuah rumah di sebuah kawasan perumahan. Pelajar perempuan itu baru sahaja berusia 16 tahun! Pelajar ini yang sepatutnya menumpukan perhatian kepada spm yang akan diduduki tahun hadapan sebaliknya telah menghancurkan kehidupan dan masa depannya hanya kerana mengikutkan hawa nafsu!


Kes 2: Pada pertengahan bulan mei yang lalu, isteri kepada jurulatih pemain badminton negara telah diragut ketika mangsa bersama suami keluar dari sebuah restoran di kawasan ampang city pada pukul 11 malam. Mangsa diragut oleh 2 orang lelaki yang menaiki motosikal. Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di tangan selepas terseret ketika diragut.Selepas kejadian itu, mangsa mengalami trauma. Ini hanya merupakan cebisan kecil cerita peragut yang semakin mengganas kebelakangan ini. Ada antara mangsa yang cedera dan koma kerana diragut. Sampai begitu sekali!


Kes 3: Suami jual tubuh isteri-antara salah satu tajuk dalam kosmo. Mengisahkan kisah seorang isteri yang diambil kebahagiaan berumah tangganya oleh seorang yang bergelar suami! Mangsa pernah melakukan pelbagai kegiatan haram seperti menjual dadah, membawa masuk PATI dan sebagainya. Semua ini kerana kisah perkahwinannya yang gagal dan tidak bahagia. Suaminya sendiri yang menghantar mangsa ke sebuah hotel dan diminta melacur! Paling mendukacitakan adalah ketika dipaksa melacur ketika mengandung 4 bulan.Namun, akhirnya mangsa berjaya melarikan diri dan sekarang mangsa cuba untuk berubah dan mahu menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Apa sebenarnya fungsi perkahwinan? Mungkin saya bukanlah orang yang layak untuk mengulas panjang tentang perkahwinan namun, apa yang saya tahu lelaki sepatutnya menjadi pelindung dan ketua keluarga. Bukan pemusnah!


Kes 4: Isu buli di sekolah-salah satu berita hangat yang seakan-akan tidak ada jalan penyelesaian! Salah satu berita yang saya petik daripada utusan: Ibu kepada seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini(Kota Bharu) yang mendakwa anaknya dibelasah kira-kira 20 pelajar lain berikutan enggan memberikan RM1 sebagai “bayaran perlindungan” meluahkan rasa kesal ekoran tiadanya tindakan susulan daripada pihak sekolah terhadap 20 pelajar terbabit. Keluarga mangsa telah pergi ke sekolah tersebiut untuk mengadukan akan hal tersebut namun, seakan-akan melepaskan batuk di tangga! Ini bukan lah kes pertama di negara ini. Namun, apa yang saya nampak, banyak pihak yang 'memejam mata' terhadap isu ini. Jika ia dibiarkan berterusan, apa akan jadi pada 5 tahun akan datang? Adakah anda mahu anak anda menjadi salah seorang mangsa buli? Mana hilangnya 'taring' guru disiplin? Mana perginya mandat yang diberikan kepada unit disiplin untuk menangani kes ini dan apakah peranan pengetua untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan bersih dari buli?


Kes 5: Kes pembantu rumah. Adakah pembantu rumah ini betul2 ikhlas bekerja atau sekadar mencari tempat berlindung? Dan adakah kita mengasihinya seperti mana seorng insan?MENGIKUT statistik Jabatan Imigresen, sehingga Jun 2008 seramai 256,097 warga asing bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini. Ini bermakna 300,00 keluarga mempunyai pembantu rumah kerana mengikut syarat satu keluarga boleh mengambil seorang pembantu rumah saja- berita daripada berita harian.Pengambilan pembantu rumah ini adalah kerana kesibukan isteri yang terpaksa keluar bekerja dan tidak berpeluang menjaga anak di rumah. Ada kes yang mendera pembantu rumah. Ada juga pembantu rumah yang bertindak nekad merompak habis harta majikan sehingga anak pun diculik! Apa sudah jadi?


Kes 6: Isu mahasiswa-isu menjadi pelacur, Backbenchers, membunuh diri, membunuh orang lain dan yang terbaru isu cabul seorang mahasiswi uitm. Pada hemat saya, semua ini tidak harus dihadapi oleh seorang yang bakal mendukung amanah memajukan negara pada masa hadapan. Kita seharusnya berada dalam keadaan yang selesa tanpa perlu takut kepada keadaan sekeliling kerana kita adalah 'orang penting' dalam menentukan masa depan negara. Jika isu ini semua sudah terjadi pada masa ini, saya beranggapan ia mungkin satu cabaran sukar untuk kita mengembalikan suasana yang aman seperti dulu. Aman daripada kes2 jenayah, pencabulan, rogol, ragut, penipuan dan sebagainya


Apa yang saya utarakan di sini hanya sebahagian kecil daripada situasi sebenar yang berlaku di luar. Seperti apa yang saya katakan tadi, masih kah ada ruang untuk kita menonjolkan kehidupan sejahtera yang sememangnya dimiliki oleh semua orang. Persekitaran sekolah yang selesa, kehidupan di universiti yang 'bebas' dan kehidupan semasa yang aman. Ingin saya ajukan pertanyaan ini kepada semua-apa peranan kita? Cukupkah kita hanya menjadi pendengar setia akan berita yang disampaikan atau kita turut terjun dalam menangani semua ini? Saya cukup terharu dengan perngorbanan sesetengah insan yang sanggup menghabiskan masa dan wang untuk mengangani isu2 semasa yang berlaku di kawasan masing2 seperti LANDAS. Mungkin ramai yang beranggapan ia tidak akan ke mana, namun sekurangnya2, kita ada alasan untuk diberikan di hadapanNya jika kita di tanyakan tentang tanggungjawab kita di dunia ini.


Sehingga itu, maafkan saya jika ada yang tersilap. Sesungguhnya yang baik itu hanya daripada YANG MAHA ESA dan buruk itu datangnya daripada kedangkalan ilmu yang ada dalam diri ini..
slay87

Ahad, 10 Mei 2009

selamat hari IBU...



selamat menyambut hari ibu...........

dedikasi khas yang ana tujukan kepada semua yang bergelar ibu...
sesugguhnya, jasa mu dikenang selagi nyawa dikandung badan.
terima kasih tidak terhingga kerana telah melahirkan kami
untuk memikul beban dakwah di dunia ini
untuk menjadi talimu ketika di alam barzakh dan akhirat nanti..
doaku, semoga dirimu sentiasa sihat
sentiasa dalam redhaNya
dan dilindungi dari azab kubur sehingga hari kiamat...

rasanya, sekarang ini semua sahabat berada di rumah dan menyampaikan ucapan ini secara 'live' kepada ibu masing2. nmpaknya, ana sahaja yang 'wish' hari ibu secara maya-dari telefon. xpa, yang penting kita ingat ibu kita...

buat semua,
berjasalah kepada ibu anda selagi termampu
selagi dia masih ada
bagi yang telah tiada
doakan semoga ibu sentiasa diterangi cahaya di alam kubur
sentiasa dalam keadaan lapang menanti hari perhitungan..

selamat hari ibu!

# slay87

Rabu, 29 April 2009

selamat bercuti...




Salam...maafkan kami kerana sudah lama tidak post apa2 ke blog ini..mungkin masih terlalu awal untuk mengatakan tentang benda lain, ana cuma mahu menyentuh tentang cuti semester yang akan tiba tidak lama lagi.

Ana pasti semua mempunyai agenda tersendiri. Tambahan pula cuti semester ini panjang,lebih kurang 2 bulan. Selama ana berada di kampus, inilah cuti yang paling panjang akan ana temui. selama ini cuti tidak pernah panjang, sekurang-kurangnya pun hanya sebulan..Mungkin ada yang ingin bekerja sebagai menampung perbelanjaan semester hadapan, ada yang sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan, ada yang akan balik kampung berprogram dan yang pasti akan ada juga yang tidak balik menjengah kampung halaman cuti ini..

Apapun yang akan kita laksanakan, manfaatkan cuti ini dengan sebaiknya. kita tetap hambaNya walau berada di bumi mana sekalipun. Jangan sekali-kali 'lost contact' terus dengan sahabat lain..Sekurangnya-kurangnya 'mesej tazkirah' itu sebenarnya sudah memadai dan mengatakan bahawa kita saling mengingati...Ana juga mengingatkan pada diri ana sendiri, tuntutlah ilmu di waktu cuti nanti. Sama ada mau menghadam buku-buku agama, ilmiah atau pun isu semasa.. Jangan biarkan diri terus 'kekeringan' ilmu ketika berada di rumah. Dan yang paling penting, selamat kembali semula ke hutan ini pada semester hadapan untuk cabaran baru..

# salam sayang buat semua sahabat
-slay87-